Wednesday 20 January 2016

FREE PRINTABLE ALIF BA TA BULAT-Bulat

Share this PostPin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This


Klik DI SINI untuk download fail Power Point.

Klik 'Read more' untuk download printables dalam bentuk gambar. Click HERE for English article.

CARA PENGGUNAAN


Printable Alif Ba Ta Bulat- bulat ni memang sesuai untuk guru-guru tadika,cikgu-cikgu sekolah atau ustazah sekolah agama. Boleh buat hiasan kelas atau bahan bantu mengajar. 



Untuk guna, admin cadangkan anda gunakan kertas A4 yang berwarna-warni untuk print printable ini . Kemudian , potong sepanjang garis bulatan dan lekat pada pinggan kertas , cawan kertas atau apa-apa yang anda rasa bersesuaian . Anda boleh cetak ke atas kad keras yang berwarna-warni atau laminate ia untuk lebih tahan lama. Lepas tu , anda boleh buat pelekat magnet dengan menambah magnetic sheet. Atau anda boleh tambah Velcro tape untuk bagi anak anda main lekat2. Atau boleh juga digunakan sebagai bahan untuk Matching Game,Memory Game dan sebagainya.Mengikut kreativiti  masing-masing. 


Diameter bulatan besar adalah 12 cm manakala diameter bulatan kecil adalah 3.5 cm. Pun begitu untuk memastikan ukuran bulatan yang seragam dan sama seperti yang admin tulis di atas, admin nasihatkan supaya anda download fail Power Point dari link di bawah ini. Anda juga akan mendapat kualiti asal gambar-gambar ini jika anda print dari fail Power point. Jika anda download fail Power Point, anda juga boleh selaraskan saiz mengikut kesukaan anda dan boleh edit banda2 lain. 

Jika boleh, sila ukur pinggan kertas atau cawan kertas dulu untuk pastikan saiz bulatan adalah bersesuaian. Dan sentiasa pastikan untuk print review dulu sebelum print supaya tak membasir ink jika ada berlaku kesilapan.

Untuk download, anda perlu register dengan Teacherspayteachers.com dulu,kemudian lepas anda login, baru dapat download. Dekat website ni ada macam2 barang free. Tak rugi register.

Ok, dah download tu apa kata tolong admin bagi semangat kat admin untuk lebih banyak share bahan2 admin, dengan bagi rating 4 star kat store admin di TpT.. :) :)

Atau anda boleh pilih untuk ambil dari gambar di bawah. Klik pada gambar dibawah dan selepas gambar bersaiz asal muncul, anda boleh right click dan pilih 'save image as'.


















Please go to my WELCOME POST to download other FREE PRINTABLES.